Friday, April 18, 2008

Latar Belakang Abdullah Faqih

Abdullah Faqih di lahir kan di Acheh, berdarah kacukan bugis dan cina. Setelah lama menetap di di Acheh, Abdullah mula mengembara ke Patani untuk mengembangkan dakwah islam , semasa di Patani Abdullah telah berkahwin dengan anak perempuan Raja Patani iaitu Syarifah Salmah. Ada juga yang mengatakan Syarifah Salmah adalah keturunan Rasullullah s.a.w di Patani, yang ketika itu Patani masyhur sebagai negeri yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi.


Abdullah berhijrah ke Kelantan pada Abad ke 19, iaitu antara ulama yang terawal dari Tok Kenali dan ulama-ulama lain di Kelantan. Mengikut penduduk Kg Surau Kota, Abdullah Faqih , juga pernah bertugas sebagai penasihat di raja di Kota Kubang Labu(Wakaf Bharu).Oleh kerana beliau, kurang mengarang kitab, nama beliau kurang dikenali berbanding ulama-ulama lain., tetapi sumbangan beliau dalam bidang fekah telah melahirkan banyak ulama-ulama di Kelantan antaranya anak beliau sendiri yang masyhur adalah Mutalib bin Abdullah faqih yang menjadi salah seorang ulama yang di segani di Kota Mekah dan di Kelantan.Gelaran Faqih yang diberi pada zaman nya menunjukkan beliau adalah ulama yang antara ulama terawal di Kelantan yang begitu pakar dalam bidang Fekah.


Setelah berada lama di Patani , Abdullah Faqih telah membuat petempatan baru ,yang kini di panggil Kg Surau Kota. Kg Surau Kota ialah kg yang berhampiran dengan sungai Kelantan, mengikut sejarah Kg Surau Kota merupakan salah satu tempat orang-orang zaman dahulu kala berdagang menyeberang antara sungai-sungai Kelantan. Setelah membuka kg Surau Kota, Abdullah Fakih mengajar di surau tersebut, di situlah lahirnya para ulama-ulama di Kelantan, nama Surau Kota pun asalnya dari surau yg di dirikan oleh beliau.Setelah pemergian Abdullah faqih ia kemudian di ambil alih oleh anak dan cucu cicitnya sehingga hari ni.